Apabila telah sampai seruNya maka seorang wanita akan bertemu dengan jodohnya dan bergelarlah dia sebagai isteri.
Setiap isteri akan mengimpikan seorang suami yang akan bersama-sama menjaga rumahtanngga yang dibina.
Seorang wanita setelah bergelar isteri akan menukar diri mereka, mempersiapkan diri untuk menghambakan diri kepada keluarga.
Dari pagi hingga ke malam tugas menanti seorang isteri.
Bermula diawal pagi selepas bangkitnya dari tidur, menguruskan keperluan suami, membuat sarapan, bagi yang ada anak kecil, berkejar2 untuk menguruskan anak dan keperluan suami. bagi isteri yang bekerja waktu pagi adalah waktu yang paling sibuk malahan lebih sibuk berbanding di tempat kerja.
Tanpa sempat merehatkan diri, terpaksa bersiap untuk ke tempat kerja dan memulakan kerja di pejabat pula, di waktu tengahari di kala teman-teman lain makan dan bershoping, sang isteri berkejar pula ke nurseri untuk menjenguk anak tercinta.
Selepas tamatnya waktu kerja (jika waktu kerja habis seawal pukul 5 ptg), mengambil anak dinurseri. Sampai di rumah tanpa sempat untuk menukar baju, meninjau ke dapur menyiapkan pula makan malam untuk keluarga. Pada masa yang sama kena melayan karenah anak kecil yang ajak bermain.
Maghrib berkejar pula untuk mandi, solat dan untuk tidurkan anak yang tengah menjerit-jerit.
Sesudah isyak pula perlu ke dapur menyediakan hidangan untuk suami, menemankan suami makan sambil menjaga anak yang belum mahu tidur.
Selepas makan, kemaskan meja makan, tidurkan anak dan berpeluang untuk merebahkan badan untuk rehat itupun jika tidak dipanggil suami untuk bersembang tentang hidup dan masalah.
Pukul 11 adalah masa yang terawal si isteri masuk tidur. Belum ditambah lagi dengan karenah anak kecil yang bangun di tengah malam.
Inilah dia dunia seorang wanita bergelar isteri.
Tugas harian tidak banyak berubah.
Pagi petang siang malam.....fikirlah suami untuk menghargai isteri anda.