Wednesday, May 20, 2009

Kehidupan seorang wanita bergelar isteri

Apabila telah sampai seruNya maka seorang wanita akan bertemu dengan jodohnya dan bergelarlah dia sebagai isteri.
Setiap isteri akan mengimpikan seorang suami yang akan bersama-sama menjaga rumahtanngga yang dibina.
Seorang wanita setelah bergelar isteri akan menukar diri mereka, mempersiapkan diri untuk menghambakan diri kepada keluarga.
Dari pagi hingga ke malam tugas menanti seorang isteri.
Bermula diawal pagi selepas bangkitnya dari tidur, menguruskan keperluan suami, membuat sarapan, bagi yang ada anak kecil, berkejar2 untuk menguruskan anak dan keperluan suami. bagi isteri yang bekerja waktu pagi adalah waktu yang paling sibuk malahan lebih sibuk berbanding di tempat kerja.
Tanpa sempat merehatkan diri, terpaksa bersiap untuk ke tempat kerja dan memulakan kerja di pejabat pula, di waktu tengahari di kala teman-teman lain makan dan bershoping, sang isteri berkejar pula ke nurseri untuk menjenguk anak tercinta.
Selepas tamatnya waktu kerja (jika waktu kerja habis seawal pukul 5 ptg), mengambil anak dinurseri. Sampai di rumah tanpa sempat untuk menukar baju, meninjau ke dapur menyiapkan pula makan malam untuk keluarga. Pada masa yang sama kena melayan karenah anak kecil yang ajak bermain.
Maghrib berkejar pula untuk mandi, solat dan untuk tidurkan anak yang tengah menjerit-jerit.
Sesudah isyak pula perlu ke dapur menyediakan hidangan untuk suami, menemankan suami makan sambil menjaga anak yang belum mahu tidur.
Selepas makan, kemaskan meja makan, tidurkan anak dan berpeluang untuk merebahkan badan untuk rehat itupun jika tidak dipanggil suami untuk bersembang tentang hidup dan masalah.
Pukul 11 adalah masa yang terawal si isteri masuk tidur. Belum ditambah lagi dengan karenah anak kecil yang bangun di tengah malam.
Inilah dia dunia seorang wanita bergelar isteri.
Tugas harian tidak banyak berubah.
Pagi petang siang malam.....fikirlah suami untuk menghargai isteri anda.

Tuesday, January 20, 2009

Gelombang KT telah pun tamat

Keputusan telahpun dketahui umum. Mohd Abd Wahid Endut daripada parti PAS menyandang gelaran ahli Parlimen Kuala Terengganu. Tamat la sudah segala teka teki. PRK kali ini dikatakan adalah yang terbaik kerana bebas daripada segala unsur pergaduhan. Tiada sebarang insiden negatif berlaku. Tidak sia-sia PDRM mengerahkan sebahagian besar anggotanya untuk bertugas sepanjang PRK KT.

Semua pihak yang sememangnya menjangkakan keputusan ini bersorak gembira manakala yang kalah terpaksa menerima hakikat yang telah dibuat oleh rakyat. Bagi pihak yang kalah sudah pasti masih banyak kerja-kerja yang perlu disemak. Buat yang menang pula tugas yang berat sedang menanti.

Apa yang diharapkan oleh rakyat hanyalah satu, calon yang dipilih menunaikan tanggungjawabnya dengan berkesan dan efisien.

Majoriti 2631 yang diperolehi menunjukan keinginan rakyat agar suara-suara mereka akan kedengaran di Parlimen sana. Jika tidak untuk pilihanraya akan datang, mereka akan menunjukkan isyarat yang lain pula.

Semoga PRK yang telah pun selesai tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi lagi. Kerana semua pihak telahpun melakukan yang terbaik. Yang kalah perlu muhasabah diri, yang menang perlu meneruskan perjuangan.

Thursday, January 8, 2009

Gelombang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Apakah yang bakal menghempas BN Terengganu? Lebih tepat UMNO Terengganu. Adakah tsunami bakal menghempas BN Kuala Terengganu. Kenyataan mantan bekas Perdana Menteri ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi senjata utama yang boleh melemahkan semangat juang UMNO. Apatah lagi undi di kalangan penyokong BN sendiri dikatakan akan berpecah kepada 2 antara Wan Ahmad Farid dan Azharudin.

Kekecewaan sebilangan penyokong atau ahli UMNO terhadap calon BN akan mengundang undi protes yang mungkin akan disalurkan sama ada kepada calon bebas atau pembangkang. Tamparan hebat menimpa jentera BN apabila calon AKIM menarik diri dan menyatakan sokongan terhadap calon PAS.

Gelagat Wan Ahmad Farida yang 'elit', Azharudin yang berpengaruh di KT dan Abd Wahid Endut yang low profile dan berjiwa rakyat menyebabkan BN mengalami dilema. Menilai kembali percaturan sendiri dan mencari jalan terbaik untuk memastikan kemenangan di KT. Adakah ketelusan yang diwar-warkan semasa PRK nanti akan memperlihatkan kelemahan anggota BN?
Sama-samalah kita tunggu nasib calon BN kita ini yang sanggup berkorban jawatan demi rakyat (tapi dia tetap orang kaya raya).

Memori siapa yang lebih baik: lelaki atau perempuan

Topik rancangan 'apa-apa aje' di TV3 pada hari ini amat menarik untuk waktu-waktu santai begini. Bukanlah untuk berdebat siapa yang lebih hebat antara lelaki dan perempuan, tetapi hanya sebagai satu perbincangan untuk 'fun'. Perkara apa yang lebih difikirkan oleh lelaki dan perempuan. Seorang pemanggil berpendapat bahawa lelaki lebih memikirkan urusan-urusan yang lebih besar seperti contoh, membayar sewa rumah, sewa kereta dan menyerahkan kepada isteri masing-masing urusan remeh temeh seperti belanja anak, belanja dapur. Suami tidak ambil pusing. Jadi bila ssang isteri tiada apa akan terjadi? bukan kah perkara yang remeh itu lah yang paling penting?

Pada saya hidup berkeluarga ini adalah untuk melengkapi antara satu sama lain. Bukan utk berdebat siapa lebih hebat dalam mengendalikan urusan rumahtangga. Suami bertanggungjawab terhadap keperluan keluarga dan isteri bertanggungjawab menjaga keperluan tersebut. Sebab itu lah bila diperhatikan segelintir suami bila ditinggalkan isteri walau untuk seketika sudah mula kelam kabut, seluar dalam sendiri pun tidak tahu mana letak lantaran isteri yang selalunya sediakan. Begitu juga dengan isteri apabila suami tiada di sisi, kelam kabut untuk mencari tempat di luar lantaran suami yang sentiasa menghantar dan mengambil untuk ke mana-mana.

Memori ini pada saya berkaitan dengan kepekaan, keprihatinan kita terhadap sesuatu. Perempuan mempunyai sifat sensitiviti yang tinggi yang sentiasa meneliti sesuatu benda sebab itu sanggup window shopping seharian hanya utk membeli sepasang baju. Tidak seperti lelaki yang lebih memikirkan keutamaan. Sebab itu jarang lelaki window shopping. Asal berkenan terus beli walaupun harganya mahal dan boleh beli dengan harga murah jika menunggu.

Tidak perlu didebatkan kehebatan lelaki dan wanita kerana kedua-duanya sama-sama hebat.
Teringat saya diwaktu persekolahan dahulu. Saya dapati lelaki sebenarnya pandai dan bijak cuma mereka ada sikap suka main-main. Sebab itu gagal dan tercicir. Macam perempuan mereka lebih fokus. Sebab itu walaupun mereka ini ada yang kurang kuat memorinya tapi tetap berjaya kerana kesungguhannya. Bukan kah otak lelaki dan wanita ini sama sahaja?

Mungkin ada insan-insan di luar sana yang tidak bersetuju untuk menyamakan lelaki dan wanita. Terserah lah. Pada saya kembali kepada 'origin kita', perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki untuk melengkapi hidup mereka yang kesunyian dan lelaki adalah pemimpin kepada perempuan. Namun perempuan juga bukan lah selemah yang disangka lelaki kerana tangan yang menggoncang buai boleh menggoncang dunia. Tanpa perempuan juga tiada keturunan yang akan terbentuk.

Marilah kita membentuk rumahku syurgaku. Dalam Islam, perempuan mudah kesyurga dan mudah ke neraka dan lelaki pula terpaksa berusaha keras untuk mencapai syurga. Hawa dicipta untuk Adam kerana untuk menyambung keturunan dan melengkapi hidup Adam yang sunyi.

Ingatlah berdebat mencari kehebatan antara lelaki dan perempuan hanya merugikan kerana kedua-duanya sememangnya hebat. Berdirinya lelaki kerana wanita di belakangnya. Ke syurga isteri kerana keredhaan suaminya.

Sama-sama kita renung...Wallahualam

Wednesday, January 7, 2009

Pertandingan 3 penjuru

Penamaan calon bagi pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu telah pun selesai. PR kecil ini menyaksikan pertembungan di antara calon BN, Wan Ahmad Farid, calon PAS, Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat@Adam.

Wan Ahmad Farid dikatakan bertemu dengan calon yang paling sesuai untuk memastikan kemenangan PAS di P36 ini. Apatah lagi dengan latar belakang Wan Ahmad Farid yang diperkatakan oleh orang ramai sebagai seorang yang 'elit' malah didakwa ditegur oleh Timbalan PM supaya mengurangkan sikap 'elit' bila bersama penduduk tempatan. Akibat kurang turun padang, Wan Ahmad Farid dianggap sombong, apatah lagi dengan ura-ura bahawa perniagaan keluarga mereka dalam mendapatkan kontrak-kontrak menggunakan wang Ehsan. Namun begitu tidak dinafikan sebagai seorang bekas Timbalan Menteri, sememangnya beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran.

Manakala Mohd Abd Wahid Endut pula merupakan orang yang dilihat oleh PAS sebagai low profile, berjiwa rakyat. Kemenangannya sebagai ADUN Wakaf Mempelam selama 5 penggal dilihat sebagai suatu kekuatan. Beliau juga bebas dari sebarang skandal dan kontroversi. Namun tidak banyak perkara yang dapat saya ulas mengenai insan ini kerana bekas Exco Terengganu ini tidak lah saya kenali dengan mendalam kedudukan beliau di dalam PAS. Namun beliau dikatakan tergolong di dalam golongan 'tua' dan dipanggil 'pakcik' oleh penyokong PAS.

Calon bebas yang bakal merampas sebahagian pengundi, Azharudin Mamat @ Adam tidak sangat diketahui latar belakangnya. Namun apa yang diwar-warkan, beliau adalah merupakan anak kepada setiausaha politik wan Mokhtar dan merupakan seorang ahli perniagaan tempatan.

PR P36 dilihat sengit, ini kerana PAS dan BN masing-masing perlu memperoleh kemenangan. Jentera-jentera parti BN dari awal telah memulakan kempen dan PAS sekarang ini juga turut mengorak langkah untuk memenangi hati pengundi di Kuala Terengganu. Sebarang isu yang dimainkan oleh kedua-dua parti akan menentukan kemenangan mereka. Namun adalah tidak mengejutkan sekiranya calon bebas memengangi PR ini kerana BN dan PAS sedang bergelut dengan kemelut politik dalam parti masing-masing.

Friday, January 2, 2009

Calon PAS di KT

PAS malam tadi telah mengumumkan ADUN Wakaf Mempelam Mohd Abd Wahid Endut sebagai calon PAS untuk pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu. Pengumuman dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 8,000 penyokong Pas di Stadium Negeri Terengganu.Pemilihan ADUN Wakaf Mempelam Mohd Abd Wahid Endut,52, dipilih oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ia mendapat restu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Pemilihan dibuat menurut Hadi adalah kerana ketokohannya sebagai ADUN Wakaf Mempelam untuk 5 penggal dan berasaskan isytisyarah dan istikharah.

Persoalannya, mampukah calon PAS ini menyaingi Wan Ahmad Farid yang dilambangkan oleh BN sebagai mampu mempertahankan kemenangan mereka sebelum ini. Adakah ciri-ciri yang ada pada Wahid melambangkan ciri-ciri calon yang diinginkan oleh rakyat?

BN telah pun mula tersenyum......