Thursday, January 8, 2009

Memori siapa yang lebih baik: lelaki atau perempuan

Topik rancangan 'apa-apa aje' di TV3 pada hari ini amat menarik untuk waktu-waktu santai begini. Bukanlah untuk berdebat siapa yang lebih hebat antara lelaki dan perempuan, tetapi hanya sebagai satu perbincangan untuk 'fun'. Perkara apa yang lebih difikirkan oleh lelaki dan perempuan. Seorang pemanggil berpendapat bahawa lelaki lebih memikirkan urusan-urusan yang lebih besar seperti contoh, membayar sewa rumah, sewa kereta dan menyerahkan kepada isteri masing-masing urusan remeh temeh seperti belanja anak, belanja dapur. Suami tidak ambil pusing. Jadi bila ssang isteri tiada apa akan terjadi? bukan kah perkara yang remeh itu lah yang paling penting?

Pada saya hidup berkeluarga ini adalah untuk melengkapi antara satu sama lain. Bukan utk berdebat siapa lebih hebat dalam mengendalikan urusan rumahtangga. Suami bertanggungjawab terhadap keperluan keluarga dan isteri bertanggungjawab menjaga keperluan tersebut. Sebab itu lah bila diperhatikan segelintir suami bila ditinggalkan isteri walau untuk seketika sudah mula kelam kabut, seluar dalam sendiri pun tidak tahu mana letak lantaran isteri yang selalunya sediakan. Begitu juga dengan isteri apabila suami tiada di sisi, kelam kabut untuk mencari tempat di luar lantaran suami yang sentiasa menghantar dan mengambil untuk ke mana-mana.

Memori ini pada saya berkaitan dengan kepekaan, keprihatinan kita terhadap sesuatu. Perempuan mempunyai sifat sensitiviti yang tinggi yang sentiasa meneliti sesuatu benda sebab itu sanggup window shopping seharian hanya utk membeli sepasang baju. Tidak seperti lelaki yang lebih memikirkan keutamaan. Sebab itu jarang lelaki window shopping. Asal berkenan terus beli walaupun harganya mahal dan boleh beli dengan harga murah jika menunggu.

Tidak perlu didebatkan kehebatan lelaki dan wanita kerana kedua-duanya sama-sama hebat.
Teringat saya diwaktu persekolahan dahulu. Saya dapati lelaki sebenarnya pandai dan bijak cuma mereka ada sikap suka main-main. Sebab itu gagal dan tercicir. Macam perempuan mereka lebih fokus. Sebab itu walaupun mereka ini ada yang kurang kuat memorinya tapi tetap berjaya kerana kesungguhannya. Bukan kah otak lelaki dan wanita ini sama sahaja?

Mungkin ada insan-insan di luar sana yang tidak bersetuju untuk menyamakan lelaki dan wanita. Terserah lah. Pada saya kembali kepada 'origin kita', perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki untuk melengkapi hidup mereka yang kesunyian dan lelaki adalah pemimpin kepada perempuan. Namun perempuan juga bukan lah selemah yang disangka lelaki kerana tangan yang menggoncang buai boleh menggoncang dunia. Tanpa perempuan juga tiada keturunan yang akan terbentuk.

Marilah kita membentuk rumahku syurgaku. Dalam Islam, perempuan mudah kesyurga dan mudah ke neraka dan lelaki pula terpaksa berusaha keras untuk mencapai syurga. Hawa dicipta untuk Adam kerana untuk menyambung keturunan dan melengkapi hidup Adam yang sunyi.

Ingatlah berdebat mencari kehebatan antara lelaki dan perempuan hanya merugikan kerana kedua-duanya sememangnya hebat. Berdirinya lelaki kerana wanita di belakangnya. Ke syurga isteri kerana keredhaan suaminya.

Sama-sama kita renung...Wallahualam

No comments:

Post a Comment