Keputusan telahpun dketahui umum. Mohd Abd Wahid Endut daripada parti PAS menyandang gelaran ahli Parlimen Kuala Terengganu. Tamat la sudah segala teka teki. PRK kali ini dikatakan adalah yang terbaik kerana bebas daripada segala unsur pergaduhan. Tiada sebarang insiden negatif berlaku. Tidak sia-sia PDRM mengerahkan sebahagian besar anggotanya untuk bertugas sepanjang PRK KT.
Semua pihak yang sememangnya menjangkakan keputusan ini bersorak gembira manakala yang kalah terpaksa menerima hakikat yang telah dibuat oleh rakyat. Bagi pihak yang kalah sudah pasti masih banyak kerja-kerja yang perlu disemak. Buat yang menang pula tugas yang berat sedang menanti.
Apa yang diharapkan oleh rakyat hanyalah satu, calon yang dipilih menunaikan tanggungjawabnya dengan berkesan dan efisien.
Majoriti 2631 yang diperolehi menunjukan keinginan rakyat agar suara-suara mereka akan kedengaran di Parlimen sana. Jika tidak untuk pilihanraya akan datang, mereka akan menunjukkan isyarat yang lain pula.
Semoga PRK yang telah pun selesai tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi lagi. Kerana semua pihak telahpun melakukan yang terbaik. Yang kalah perlu muhasabah diri, yang menang perlu meneruskan perjuangan.
No comments:
Post a Comment