Penamaan calon bagi pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu telah pun selesai. PR kecil ini menyaksikan pertembungan di antara calon BN, Wan Ahmad Farid, calon PAS, Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat@Adam.
Wan Ahmad Farid dikatakan bertemu dengan calon yang paling sesuai untuk memastikan kemenangan PAS di P36 ini. Apatah lagi dengan latar belakang Wan Ahmad Farid yang diperkatakan oleh orang ramai sebagai seorang yang 'elit' malah didakwa ditegur oleh Timbalan PM supaya mengurangkan sikap 'elit' bila bersama penduduk tempatan. Akibat kurang turun padang, Wan Ahmad Farid dianggap sombong, apatah lagi dengan ura-ura bahawa perniagaan keluarga mereka dalam mendapatkan kontrak-kontrak menggunakan wang Ehsan. Namun begitu tidak dinafikan sebagai seorang bekas Timbalan Menteri, sememangnya beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran.
Manakala Mohd Abd Wahid Endut pula merupakan orang yang dilihat oleh PAS sebagai low profile, berjiwa rakyat. Kemenangannya sebagai ADUN Wakaf Mempelam selama 5 penggal dilihat sebagai suatu kekuatan. Beliau juga bebas dari sebarang skandal dan kontroversi. Namun tidak banyak perkara yang dapat saya ulas mengenai insan ini kerana bekas Exco Terengganu ini tidak lah saya kenali dengan mendalam kedudukan beliau di dalam PAS. Namun beliau dikatakan tergolong di dalam golongan 'tua' dan dipanggil 'pakcik' oleh penyokong PAS.
Calon bebas yang bakal merampas sebahagian pengundi, Azharudin Mamat @ Adam tidak sangat diketahui latar belakangnya. Namun apa yang diwar-warkan, beliau adalah merupakan anak kepada setiausaha politik wan Mokhtar dan merupakan seorang ahli perniagaan tempatan.
PR P36 dilihat sengit, ini kerana PAS dan BN masing-masing perlu memperoleh kemenangan. Jentera-jentera parti BN dari awal telah memulakan kempen dan PAS sekarang ini juga turut mengorak langkah untuk memenangi hati pengundi di Kuala Terengganu. Sebarang isu yang dimainkan oleh kedua-dua parti akan menentukan kemenangan mereka. Namun adalah tidak mengejutkan sekiranya calon bebas memengangi PR ini kerana BN dan PAS sedang bergelut dengan kemelut politik dalam parti masing-masing.
No comments:
Post a Comment